Rok, Jak, Gap! (July 2008) – 1st Runner Up, 8 Minutes Youth Film Competition 2008
Adara Pictures
Asst. Producer
Berita Harian Ekstra! (August 2008)
copyright Singapore Press Holdings
WICKED LEBIH KUAT
Album sulung Wicked Aura Batucada penuh tenaga
Oleh
Khairul Bahriah Mahfud
Bagai kilat senja, bagai petir tunggal.
Begitulah persembahan kumpulan genderang tempatan Wicked Aura Batucada – pantas dan penuh tenaga dari segi visual dan bunyi.
Lantas, tepat sekali judul album sulung mereka: Louder than Light, atau Lebih Lantang daripada Cahaya.
Sambutan hangat di pelancaran album mereka hujung minggu lalu jelas menunjukkan kedudukan mereka sebagai kumpulan pelakuran muzik batucada terunggul yang disanjungi ramai masih kekal.
Batucada adalah muzik rentak gabungan samba Brazil dan Afrika yang pantas dan berulang-ulang
Kena sekali kekata yang terpapar pada kemeja Hanafi, salah seorang daripada 12 pemuzik Wicked: Awas: Kebakaran.
Dinanti-nanti peminat sejak Wicked ditubuh lima tahun lalu, album ini padat dengan pelakuran muzik ritma irama dari serata dunia – ilham selama mereka beraksi di pentas antarabangsa.
Ini dihasilkan daripada naneka alat genderang, seperti alat djembe Afrika, surdo Brazil dan kompang serta rebana.
‘Setiap anggota membawa juga flavour mereka tersendiri. Contohnya, Hardy dan Rizal dengan gemar rok, Budi cenderung pada funk dan saya pula berpengalaman dalam seni Melayu,’ ujar Wan Afro, yang pernah bergiat dengan kumpulan tarian Sriwana.
Kepelbagaian pengaruh anggotanya bermakna Wicked bukan hanya kumpulan gabungan pelbagai peralatan muzik genderang. Muzik mereka turut memuatkan bunyi peralatan muzik bukan genderang, seperti yang dicerminkan oleh lagu Fight, yang popular di kalangan peminat.
Malah, Flight adalah lagu kegemaran kebanyakan anggota Wicked sendiri kerana gabungan gitar roknya mempersembah satu unsur unik.
‘Ia lagu yang paling menggambarkan suasana bertenaga persembahan ‘live’ kami,’ kata Budi, yang menyumbang suara bagi lagu-lagu Wicked.
Album ini disokong juga oleh suara latar Vanessa Fernandez daripada kumpulan Parking Lot Pimp dan beberapa pasangan hidup anggota Wicked, termasuk isteri Hardy dan Salleh.
Sentuhan kekeluargaan ini mungkin sesuatu yang harus memandangkan mereka perlu mengimbangi jadual persembahan ketat dengan tanggungjawab pada keluarga. Hardy baru menimang puteri dan Salleh bakal bergelar bapa menjelang Syawal ini.
Walaupun mempunyai jadual harian ketat, Wicked berazam untuk mengasah bakat pemuzik remaja dengan mengadakan bengkel dram awal bulan depan.
Lebih penting lagi, kata Eddy, ialah usaha untuk mencapai matlamat mereka mahu mengibar bendera Singapura di persama dunia.
‘Misi utama kami bertugas sebagai pemuzik ialah menyedarkan orang di luar Singapura bahawa negara ini tidak terletak di China,’ seloroh Eddy dengan senyuman.
Bapa Mertuaku (Mar – July 2008)
ThreeG Karma Pte Ltd
Asst. Producer
Catch Issue 11 (July 2007)
Job Role: layout editor, contributing writer
Lunch With Mak (July 2006)
co-written with Andre He
Job Role: Casting, Editor & Soundtrack
No Comments Yet so far
Leave a comment
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
